Kepentingan Coaching & Mentoring Dalam Pendidikan
Mengapa coaching penting di tempat kerja?
Mengapa coaching penting di tempat kerja?
- Coaching dilihat sebagai pelengkap kepada penyelesaian yang lain-lain. Di antara faedah- faedah yang berkaitan dengan coaching:
- Memberi kuasa kepada individu (coachee) dan menggalakkan mereka untuk mengambil tanggungjawab sendiri;
- Menyediakan mereka dengan kit alat untuk membuat keputusan sendiri, dan mengambil tindakan;
- Membawa kepada peningkatan prestasi kerja, motivasi dan kepuasan kerja;
- Menyediakan hasil matlamat kerja.
Pendedahan coaching akan menggalakkan coachee untuk menerima pakai pendekatan ini apabila mereka bekerja dengan orang lain. Ini seterusnya membantu membina budaya coaching dalam organisasi.
Peningkatan Prestasi
Hasil coaching adalah untuk mengupayakan coachee. Pulangan pelaburan adalah tinggi apabila coachee berupaya melaksanakan tindakan bagi mencapai matlamat yang telah dipersetujui dengan menggunakan segala potensi yang ada dalam diri mereka dan mereka sendiri yang memilih dan membuat keputusan. Coach membantu coachee menggunakan potensi yang ada dalam diri mereka untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri dan bukannya coach menyelesaikan masalah coachee.
Coach Berperanan Sebagai Papan Suara Tersendiri yang Membuka Pintu Coachee
Kekuatan dan keberkesanan coaching amat berkaitan dengan tahap keterbukaan dan kepercayaan antara coach dan coachee.Sifat hubungan tidak sahaja tentang hasil, tetapi membantu seorang individu untuk lebih memahami diri mereka sendiri dan daripada sini untuk berkembang dan berubah sebagai seseorang individu.
Faedah Coaching
Di sekolah, membangunkan kemahiran coaching membantu pemimpin sekolah untuk memenuhi kompetensi seorang pemimpin berprestasi tinggi bagi membangunkan sekolah berprestasi tinggi. Sebagai contoh, kemahiran ini membolehkan pemimpin sekolah untuk:
- Menguruskan guru dan kakitangan sokongan secara berkesan untuk mewujudkan satu pasukan yang berprestasi tinggi
- Menyediakan kepimpinan dengan hala tuju, matlamat pasukan dan maklum balas secara individu
- Memudahcara latihan dan pembangunan kemahiran yang sesuai dalam pasukan
- Menggalakkan pembangunan peribadi dan membantu orang lain untuk belajar
- Memupuk komunikasi dua hala yang berkesan.
Coaching boleh memberi manfaat kepada sekolah dengan:
- Menyokong kejayaan yang lebih gemilang
- Meningkatkan komitmen dan kepuasan guru dan kakitangan sokongan yang boleh membawa kepada peningkatan prestasi dan pengekalan
- Melengkapkan pengurus dan pemimpin dengan alat yang berkesan untuk menangani perubahan
- Membolehkan semua orang untuk menangani konflik dengan cara yang positif dan telus
- Menunjukkan kepada guru dan kakitangan bahawa sekolah komited untuk membangunkan mereka dan membantu mereka meningkatkan kemahiran
- Menyokong mereka yang dinaikkan pangkat untuk berjaya dengan tanggungjawab baru dan menjadi seorang yang bertanggungjawab
- Menyokong pelaksanaan latihan lain dan membangunkan outcome
- Meningkatkan pembangunan dan pengurusan sumber manusia
Mereka yang menerima coaching mendapat manfaat dengan:
- Belajar untuk bertanggungjawab dan menyelesaikan masalah mereka sendiri
- Membangunkan kesedaran kendiri dan mendapat perspektif baru mengenai keupayaan
- Meningkatkan kemahiran kerja yang berkaitan dan prestasi
- Menangani isu-isu peribadi yang mungkin menjejaskan prestasi mereka di tempat kerja
- Belajar bagaimana untuk mengenal pasti dan bertindak berdasarkan keperluan pembangunan
- Mempunyai keyakinan yang lebih tinggi dan menerima tanggungjawab
- Menjadi lebih berkesan dan tegas dalam berurusan dengan seseorang
- Mempunyai impak yang positif terhadap hubungan interpersonal
- Memperolehi kemahiran dan kebolehan baru
- Membangunkan keupayaan menyesuaikan diri untuk berubah
- Mengurangkan tahap tekanan.
Coaching memberi manfaat kepada pasukan dengan:
- Menggalakkan komunikasi dan maklum-balas antara ahli pasukan
- Membangunkan keterbukaan kepada cara-cara bekerja yang baru
- Bekerja dalam budaya berkongsi pemahaman, kemungkinan, pilihan dan membuat keputusan
Pemimpin sekolah mendapat manfaat daripada menggunakan coaching dengan:
- Mengambil masa untuk memahami sesuatu isu yang mempengaruhi prestasi ahli pasukan / rakan sekerja
- Menunjukkan komitmen untuk menyokong dan membangunkan kemahiran, pengetahuan dan kebolehan ahli pasukan / rakan sekerja
- Membangunkan kemahiran yang penting dan boleh dipindah milik di seluruh peranan sama ada dalam kerja dan di luar
- Membangunkan hubungan kerja yang berkesan dengan guru dan kakitangan yang menjadikan tanggungjawab mengurus mereka lebih membina dan memberi ganjaran
- Membangunkan persalingan layanan dalam hubungan kerja yang membawa kepada peluang-peluang bagi delegasi yang berkesan
- Menggalakkan pengurusan perubahan yang berkesan dan kepimpinan penyelesaian masalah
Anda Coaching Bila Membantu Coachee (Orang Yang Dicoach) …
- Merapatkan jurang ketajaman fikiran, kepakaran, prestasi dan kecekapan.
- Membuat penemuan kendiri.
- Mencari penyelesaian kreatif sendiri.
- Menemukan cara berfikir yang baru.
- Mencari cara mengekalkan atau menambahbaik prestasi mereka.
- Memberi komitmen terhadap pembangunan personal dan menghargai kejayaan mereka.
Peranan sebagai seorang coach adalah lebih baik digunakan untuk interaksi yang bertujuan menggerakkan coachee ke hadapan dengan menggunakan semua idea dan penyelesaian daripada coachee sendiri. Peranan coach adalah untuk membantu coachee mendapatkan gambaran dan kefahaman mengenai topik perbualan, bukan untuk menyelesaikan masalah untuk dia. Berfokuskan kepada penyelesaian oleh coachee sendiri.
Membuat anjakan mental kepada peranan sebagai seorang coach memerlukan anda;
- Melepaskan kedua-dua apa dan bagaimana
- Hapuskan berat sebelah dan prasangka
- Menjadi kurang ego, dan
- Hapuskan kekusutan semasa mengendalikan sesi
Siapa Coach
Seorang coach ialah sesiapa juga individu yang mempunyai keinginan untuk membantu orang lain berjaya dan bagi mereka yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk bekerja melalui proses perbualan, menggunakan pendekatan coaching.
Perspektif Seorang Coach
- Fokus terhadap coachee
- Fokus terhadap proses
- Fokus terhadap jurang
- Fokus terhadap masa depan
Tahu Bila Tidak Menjalankan Kerja Coach
- Coaching bukanlah kaunseling
- Coaching bukanlah konsultan
- Coaching bukanlah coaching berkaitan sukan
Tidak Boleh Dicoach
- Secara berterusan menyalahkan orang lain, proses, prosedur atau persekitaran ke atas prestasi atau tingkahlaku yang buruk.
- Tidak mengambil kebertanggungjawaban personal.
- Tidak mengambil tanggungjawab tambahan.
- Jarang menyempurnakan tugas yang diberi.
- Sentiasa mempertahankan diri.
- Secara berterusan marah dan geram.
- Sentiasa main peranan sebagai mangsa.
- Berulangkali menolak untuk dicoach atau menyatakan yang ia tidak berminat dalam coaching atau pelan pembangunan.
- Enggan terlibat dalam proses kajian semula prestasi.
- Secara berterusan mencipta masalah dalam pasukan.
- Sentiasa menentang.
- Secara berterusan mengacau.
- Berterusan tidak berlaku komunikasi.
- Tidak menghormati rakan sekerja atau anda.
- Berterusan meminta maklumbalas, namun tetap bertindak balas bila diberi.
- Berterusan tidak dapat dihubungi atau tidak hadir bekerja.
- Mempunyai keupayaan berfikir yang rendah untuk memberi alasan dan memproses maklumat.
- Main peranan sebagai pengurus yang tegas.
- Ambil kebertanggungjawaban terhadap hubungan coaching dan secara serius lihat tahap kepercayaan coach / coachee.
- Dicadangkan untuk program bantuan, ahli terapi atau kaunseling.
- Berusaha untuk kurangkan ego dan kekalkan objektif, menjaga emosi anda.
- Upah coach luar.
- Dapatkan coachee untuk memilih coach yang betul.
Pada Akhir sesi Coaching, coachee dapat...
- Berasa berkuasa dan bermotivasi untuk bertindak dengan cara lebih produktif dan bertanggungjawab dengan memiliki situasi, tingkahlaku dan hasil yang difahami.
- Bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang perlu berlaku dan bagaimana untuk berlaku.
- Memperkembangkan kemahiran yang ada dan membinanya berdasarkan kekuatan.
Apakah yang berlaku terhadap kemahiran baru, tanpa coaching? Coaching menguatkan hubungan kerja dan mewujudkan individu dan pasukan berprestasi tinggi.
Apakah yang berlaku terhadap kemahiran baru, tanpa coaching?
Apakah yang berlaku terhadap kemahiran baru, dengan coaching?
Sumber: “Effects on Productivity in a Public Agency,” Public PersonnelManagement, W inter 1997;Neil Rackham, “The Coaching Controversy,”Training and Development Journal, November 1979.
No comments:
Post a Comment