Kemahiran Coaching

Kemahiran komunikasi merupakan kemahiran yang berkaitan dengan keupayaan untuk berhubung dengan orang lain. Penguasaan komunikasi yang baik dapat membantu memajukan kerjaya seseorang coach. Antara kemahiran yang perlu dimiliki oleh  seorang coach (SIP+) ialah seperti yang berikut;

1) Bahasa badan yang bersesuaian

Memperbaiki bahasa tubuh dapat membuat perbezaan yang besar ketika seseorang menilai kepribadian anda. Bahasa tubuh yang baik dapat menunjukkan bahwa anda memiliki kemampuan, daya tarikan dan hati yang bersih. Sebagai contoh: jika anda sering tersenyum, anda akan merasakan lebih bahagia. Jika anda duduk dengan tegap, anda akan merasakan lebih bertenaga. Jika anda melambatkan gerakan anda (tidak terburu-buru), anda akan merasakan lebih tenang.  

Secara kasarnya, bahasa tubuh terdiri dari bagaimana cara anda duduk, cara anda berdiri, cara anda menggunakan kedua tangan dan kaki anda, serta apa yang anda lakukan ketika berkomunikasi dengan seseorang. Di bawah ini adalah beberapa bahasa tubuh yang perlu anda sebagai coach perlu  perhatikan ketika berbicara dengan coachee :  


a) Jangan silangkan kaki dan tangan anda

Anda mungkin sudah sering mendengar bahwa menyilangkan tangan atau kaki dapat menunjukkan bahwa anda tertutup terhadap lawan bicara anda dan ini tidak menciptakan hubungan pembicaraan yang baik. Bukalah selalu posisi tangan dan kaki anda.

b) Lakukan bertentang mata, namun bukan merenungnya; 

Dengan melakukan kontak mata pada lawan bicara anda dapat membuat hubungan pembicaraan menjadi lebih baik dan anda dapat melihat apakah mereka sedang mendengarkan anda atau tidak. Namun juga bukan dengan merenungnya (terus menerus), kerana akan membuat lawan bicara anda menjadi gelisah.  

c) Buatlah jarak antara kedua kaki anda; 

Memberi jarak antara kedua kaki (tidak dirapatkan) baik dalam posisi berdiri maupun duduk menunjukkan bahwa anda cukup percaya diri dan nyaman dengan posisi anda. 

d) Santaikan bahu anda;
Ketika anda merasa tegang, anda akan merasakan juga ketegangan di kedua bahu anda. Biasanya terlihat dari posisi bahu yang sedikit terangkat dan maju ke depan. Cobalah untuk mengendurkan ketegangan dengan menggerakkan bahu anda dan mundurkan kembali posisinya ke belakang atau bersandar. 

e) Mengangguk ketika lawan bicara anda sedang berbicara;
  
Mengangguk menandakan bahwa anda memang sedang mendengarkan. Namun bukan bererti anda mengangguk berlebihan (terus menerus dan cepat) layaknya burung pelatuk :), kerana anda akan terlihat seperti dibuat-buat.  

f) Jangan membongkok, duduklah dengan tegak;
   
Membongkok menandakan bahwa anda tidak gairah, dan tegak disini maksudnya adalah tetap dalam keadaan santai, tidak tegang.   

g) Tersenyum dan tertawa;

Bercerialah, jangan terlalu serius. Santai, tersenyum bahkan tertawa jika seseorang menceritakan sesuatu hal yang lucu. Orang akan cenderung mendengarkan anda jika anda terlihat sebagai orang yang positif. Namun juga jangan menjadi orang yang pertama kali tertawa jika anda sendiri yang menceritakan cerita lucu nya, kerana anda akan terkesan gugup dan seperti minta dikasihani. Tersenyumlah ketika anda berkenalan dengan seseorang, namun jangan pula tersenyum terus menerus kerana anda akan dianggap menyimpan sesuatu dibalik senyuman anda.  

h) Jangan terburu-buru;
  
Ini boleh berlaku untuk apa saja. Bagi anda yang mempunyai kebiasaan berjalan dengan cepat, cubalah sesekali untuk memperlambat jalan anda. Selain anda akan terlihat lebih tenang dan penuh percaya diri, anda juga akan merasakan tingkat stress anda berkurang.  

i) Hindari gerakan-gerakan yang menunjukkan bahwa anda gelisah;
  
Seperti menyentuh muka anda, menggoyang-goyangkan kaki anda atau mengetuk-ngetuk jari anda di atas meja dengan cepat. Gerakan-gerakan semacam itu menunjukkan bahwa anda gugup dan dapat mengganggu perhatian lawan bicara atau orang-orang yang sedang berbicara dengan anda.   

j) Efektifkan penggunaan tangan anda;
   
Daripada anda menggunakan tangan anda untuk hal-hal yang dapat mengganggu perhatian lawan bicara anda, lebih baik anda menggunakan tangan anda untuk membantu menjelaskan apa yang anda sampaikan.  

k) Jangan duduk terlalu dekat;
   
Bagaimana mengetahui seseorang sedang berbohong, merubah posisinya menjadi terlalu dekat pada lawan bicaranya dapat menandakan bahwa ia sedang menyembunyikan sesuatu atau mempunyai maksud tertentu. Selain itu tentu saja akan membuat lawan bicaranya menjadi tidak selesa. Jagalah selalu jarak ’privacy’ antara anda dan lawan bicara anda.  

2) Pertanyaan & kefahaman  

Soalan-soalan yang digunakan dalam proses coaching tidak sama dengan soalan seharian. Dalam perbualan harian, tujuan soalan adalah untuk mendapatkan  maklumat. Melalui soalan yang tepat, coachee akan dapat mencapai matlamat yang sebenarnya.  

“Apabila saya menyoal seseorang, saya perlu menunjukkan minat terhadap mereka. Apabila saya mendengar seseorang, saya membuat mereka berasa perkara mereka ucapkan sesuatu yang menarik, mereka mempunyai idea dan pendapat yang hebat.”

Coaching ialah satu proses memudahkan.Sebagai coach, anda perlu mencungkil keluar sesuatu yang  terbaik daripada seseorang dan memaksimumkan potensi mereka. Untuk mencapai matlamat itu, coach menyoal.  

a) Tujuan soalan adalah untuk:  

           i.      menjelaskan matlamat
           ii.     mendapatkan maklumat
           iii.    mencetuskan sikap suka ambil tahu
           iv.    anjak perspektif, melihat perspektif baru,
           v.     mengenal pasti orang penting dan hubungan
           vi.    mendapatkan maklum balas
           vii.   membuat keputusan
           viii.  menyediakan sokongan
           ix.    mewujudkan sikap kesegeraan dan mendorong tindakan 

b) Merangka soalan

Bertanya soalan berkualiti akan mendapat jawapan berkualiti “… ringkas, ada tujuan dan menawarkan penerima peluang untuk refleksi, penemuan, belajar”. Soalan “Mengapa" Tidak membantu dalam coaching.


c) Jenis Soalan

Terdapat lima jenis soalan, iaitu soalan terbuka, tertutup, bersih, memimpin dan soalan yang bersifat menghakim. Terdapat soalan terbuka dan tertutup. Setiap soalan menghasilkan maklumbalas yang berbeza. Soalan-soalan terbuka biasanya membuahkan kerjasama dan perkongsian idea.  Soalan terbuka digunakan untuk: 
  • Meninjau alternatif : Apa akan berlaku jika. . . .. ?
  • Mendedahkan sikap atau keperluan:  Bagaimana perasaan anda mengenai kepunyaan  anda sehingga kini?
  • Membuat huraian: Apakah masalah-masalah utama  mengenai latihan sambil berkerja anda?   
Coach boleh menggunakan soalan terbuka apabila anda mahu memahami perasaan orang lain atau anda mahu orang lain mendapatkan penyelesaian bagi dirinya. Melalui soalan anda mungkin dapat mencungkil masalah dengan lebih mendalam dan akhirnya membantu anda merumuskan jawapan yang lebih baik.  

Soalan-soalan terbuka menggalakkan coachee mengkaji lebih mendalam dan meneroka lebih lanjut masalah yang  dihadapkan. Contoh Soalan Terbuka seperti apa?, bagaimana?, siapa?, bila?, di mana?, mengapa? 
e) Apakah kaedah soalan yang perlu dielakkan ? 


Perlu diingati ialah, coach menyoal, bukannya menyoal siasat. Oleh itu elakkan dari mengemukakan satu soalan selepas satu soalan. Coaching bukan memberi anda lesen untuk menyoal siasat. Sebaliknya, membuat pernyataan; menghargai apa yang coachee telah sebut dan tawarkan maklumalas konstruktif sebelum menyoal soalan lain.

3) Kemahiran mendengar untuk mendapat sesuatu maklumat. 

a) Definisi

Kemahiran mendengar merujuk kepada aktiviti memberi tumpuan kepada sesuatu maklumat yang didengar, difahami, ditafsir  dan memberikan tindak balas yang teratur samada dalam bentuk lisan dan bukan lisan.  Seseorang coach akan menjadi pendengar yang baik jika beliau berupaya mendengar, memahami dan menilai maklumat dari coachee semasa perbincangan professional berlaku.           

b) Bagaimana coach yang hebat mendengar?

Coach yang hebat akan sentiasa mendisiplinkan diri untuk mendengar secara berfokus, mengelak perasaan prejudis, tidak bertindak menilai dan sentiasa berlatih dengan kemahiran memberi refleksi yang baik.   

c) Cara menjadi pendengar yang baik dan aktif ! 
  • Tunjukkan tingkah laku mendengar dengan aktif. Contoh :  mengambil nota, tidak menganggu kecuali memohon penjelasan.
  • Menggunakan bahasa badan yang sesuai. Contoh :  duduk dalam posisi sentiasa bersedia mendengar
  • Ekspresi muka yang santai dan mudah didekati. Contoh :  senyum dalam keadaan yang sesuai.                 
  • Gunakan hubungan mata yang mesra. Contoh :  mengekalkan tumpuan mata
  • Pada ketika yang sesuai ulangi kembali yang telah didengar. Contoh :  “Apa yang dengar adalah……..”   
d) Kemahiran mendengar dan hubungannya dengan teknik menyoal dan mendapatkan ‘feedback’. 

Semasa sesi coaching berjalan, coachee mempunyai emosi yang berbagai. Contohnya perasaan takut, tidak yakin dan keliru kalau-kalau ideanya ditolak, ataupun bermasalah dengan orang lain dalam organisasi itu.  Bagaimana coach boleh mengesan emosi di sebalik percakapan coachee?  Apakah sokongan yang boleh diberikan kepada coachee? 

Contoh kemahiran mendengar boleh dikaitkan dengan teknik menyoal dan untuk mendapatkan ‘feedback’  adalah seperti berikut:
  • Mendengar lantas menyoal untuk membina keyakinan diri coachee. Contoh :  “Encik X, anda mempunyai rekod pencapaian yang baik dalam kerjaya. Anda boleh lakukannya” 
  • Mendengar lantas menyoal untuk mengurangkan ketakutan coachee kepada kegagalan. Contoh:  “Saya fikir jika anda berusaha bersungguh-sungguh walaupun sukar, anda pasti berpuas hati di kemudian hari”  
  • Mendengar lantas menegaskan bahawa kemajuan dan kejayaan mesti ada konflik. Contoh: “Anda mesti memberi pandangan dalam mesyuarat.  AJK mungkin tidak bersetuju dengan idea anda.  Tetapi itu masalah mereka, bukan masalah anda”          
  • Mendengar lantas mencabar keupayaan coachee supaya berjaya. Contoh: “Jika bukan sekarang, bila lagi…?”  
e) Bagaimana coach melayani coachee dengan baik? 

  • Menghormati (Respect): Coach perlu menghormati hak coachee bahawa mereka mempunyai pendapat mereka sendiri, memahami bahawa pendapat coachee akan menjadi penting kepada mereka di samping menegelakkan mengelakkan prasangka. 
  • Menjaga  masa sebenar (Real Time): Coach perlu menunjukkan minat  kepada situasi/masalah coachee, mendengar dengan aktif dan memberi tumpuan kepada fokus perbincangan semasa. Coach juga perlu fokus mendengar dan menahan diri dari membentuk soalan.
  • Mengaitkan ( Relate ): Coach perlulah berupaya mengenalpasti dan memahami sudut pandangan coachee di samping dapat menyesuaikan diri dengan apa yang coachee perkatakan. pada masa yang sama seorang coach perlu menunjukkan responsif dengan menggunakan komunikasi.  Contohnya “OK”. Selain daripada itu coach sepetutnya dapat menunjukkan empati seperti ekspresi muka atau ungkapan mudah seperti “tepat sekali”, “saya lihat” dan sebagainya. 
  • Mengambarkan kembali ( Reflect ); Mengambarkan kembali ialah menunjukkan kebolehan sebenar coach membawa keluar coachee daripada kekeliruan. Ia juga dikaitkan dengan keupayaan coach membongkar sebarang kesamaran dan membantu coachee melerai isu- isu sebenar.  Tindakan ini mungkin melibatkan aspek perasaan dan pemikiran. Caranya ialah dengan menggunakan perkataan yang menunjukkan coach memahami, menggalakkan coachee terus bercakap, merasai kekecewaan coachee, mendapatkan penjelasan semula dan menyemak pemahaman isu yang dibincangkan.
  
4) Kemahiran Memberi maklumbalas

Seorang coach perlu cekap memberi maklumbalas  semasa membimbing coachee.

  • Spesifik dan berfokus berdasarkan data
  • Pemahaman yang berterusan
  • Memeriksa perasaan dan emosi
  • Meringkas dan merumus
  • Membina dan menjelaskan
  • Memberi ruang untuk maklum balas berterusan 
5) Komunikasi 


Berkomunikasi adakah kemahiran berhubung dengan manusia yang sangat diperlukan oleh seorang coach. Kemahiran komunikasi seorang SIP+ memainkan peranan penting bagi kejayaan proses coaching. Antara kemahiran komunikasi yang dimaksudkan ialah:  

  • Kemahiran mengguna bahasa yang jelas dan tepat 
  • Kemahiran menggunakan perbendaharaan kata yang sesuai 
  • Kemahiran membuat  pengesahan / kepastian dan membuat penjelasan  
6) Kualiti individu (personel)

Kejayaan dan keberkesanan coaching  adalah berhubung rapat dengan kualiti individu SIP+ itu sendiri. Unsur-unsur berikut perlu ada pada seorang SIP+.   
  • Ada unsur humor 
  • Empati dan bina hubungan mesra / jelekit (rapport)
  • Tidak menghukum 
  • Memberi perhatian dan menyokong 
  • Jujur
  • Bersemangat mendorong 
  • Optimis
7) Kemahiran memerhati  


Apakah pemerhatian? Pemerhatian adalah untuk mendapatkan maklumat tentang objek, peristiwa, pergerakan, sikap dan fenomena menggunakan satu atau lebih deria .

a)  Kekuatan Pemerhatian 
  • Terus dan paling tepat mengukur tingkah laku 
  • Menyediakan maklumat langsung 
  • Mudah untuk disiapkan, menjimatkan masa 
  • Boleh digunakan dalam persekitaran semula jadi atau eksperimen 
b) Halangan Pemerhatian
  • Mungkin memerlukan latihan
  • Kehadiran pemerhati boleh mewujudkan keadaan buatan   
  • Berpotensi untuk berat sebelah   
  • Berpotensi untuk mengabaikan aspek bermakna     
  • Berpotensi untuk salah-tafsir    
  • Kesukaran untuk menganalisis 
c)  Merekodkan pemerhatian anda? 
  • Ianya tidak cukup baik hanya memerhati, anda perlu merekodkan pemerhatian. Anda mungkin menggunakan …   
  • Panduan pemerhatian   
  • Lembaran perekodan    
  • Senarai semak     
  • Nota lapangan
  • Gambar    
  • Kombinasi di atas
d) Apakah yang anda perhatikan? terdapat dua perkara yang perlu diperhatikan.;
  • Pertamanya memerhatikan sesuati yang terpancar dari diri anda sendiri iaitu; Kederiaan fizikal, monolog dalaman anda, bahasa badan, kesepadanan / ketulinan, dan emosi. 
  • Aspek kedua yalah pemerhatian terhadap diri coachee anda, iaitu espresi muka, bahasa badan seperti postur tubuh, perubahan kedudukan, gerak isyarat tangan, anggukan kepala dan ketegaran / kekenduran. Aspek lain pada diri coachee yang perlu diperhatikan proksemik, penggunaan ruang dan paralingustik iaitu nada suara, kelantangan, intensiti, pengucapan bukan berbentuk perkataan serta corak pengucapan.
Rumusan 


Jangan beritahu seseorang untuk berubah. Ia tidak berfungsi. Anda tidak boleh memaksa seseorang untuk percaya dan memberi respons terhadap maklumbalas yang anda beri kepada mereka dengan cara anda jangkakan. Jangan membazir masa anda memberitahu coachee anda yang mereka harus melakukan ini, mereka harus selesaikannya atau mereka perlu melakukannya.

2 comments:

  1. Terima kasih kerana maklumat yang jelas dan mudah difahami

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian dan sangat membantu untuk diaplikasikan.

    ReplyDelete